Thursday, June 2, 2011

Assalamualaikum...

Kepada anak-anak ku yang dikasihi, (Nurun, Amin dan JiaAmin pun kene pandai masak juga)

Dah lama mak tunggu blog masak macam ni...tak sabar rasanya mak nak menaip semula resepi2 peribadi mak yang telah lama dikumpulkan sejak mula-mula kahwin dulu. Resepi2 ni tak tersusun, bila nak guna cari tak jumpa..kerana ada yang dah koyak dan ada yang hilang masa pindah rumah/ubahsuai rumah ....
Dari dulu lagi sejak 1984 mak suka collect resepi2 dari majalah/buku2.. resepi tokwok kat kg...kawan-kawan..salin masakan kat TV, internet dan ada juga ambil kelas masakan... 
Walaupun ada resepi nampak simple tapi ia sangat berharga bagi mak dan tiada nilainya. Bukannya senang nak dapatkan resepi2 yang paling kene dgn selera kita...selera orang ganu kita...
Anak2...
Walaupun belajar setinggi mana pun kita, duduk dimana pun kita, siapa pun kita…tua ke muda..memasak sendiri  jangan kita abaikan…jadikan memasak tu salah satu hobi ...dan kita akan happy bila memasak...tak rugi dan tak akan menyesal tau!
Macam2 cara kita boleh dapat ilmu memasak...yang penting ada kemahuan.. 
Mula-mula buat tu memanglah tak berapa jadi…tapi bila dah beberapa kali cuba mesti sedapnya…yang penting ada usaha dan rajin belajar…
Masa mak baru nak belajar masak dulu..bila terlupa je…mak akan telipon tokwok kat kampong….contohnya camane nak masak singgan ikang, bubur lambuk Trg, laksam dan kuahnya, nasi minyak Trg, gulai ayang, Ikan percik Trg, dll. Mak sangat suka masakan asli ganu kita......
Disini mak turunkan resepi-resepi kesayangan mak dalam blog ni istimewa untuk along dan adik (termasuk amin sekali)….nanti  rajin2lah kedapur ya!...mak nak makan ni...dah lapar...






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants