Sunday, June 19, 2011

MEMASAK BERSAMA ANAK-ANAK


Boleh ke ibu2 memasak bersama anak-anak….
Kadang2 semasa memasak tu kita di ganggu oleh anak-anak. Kita janganlah halau dia, sebaliknya banyak perkara  di dapur dapat di pelajari serta tentulah seronok dapat kita masak bersama mereka.
Anak2 nanti dapat mengenali jenis makanan, jenis alatan2 dapur, bahan2 masakan,rempah-ratus, jenis-jenis sayur, jenis-jenis ikan, ayam, daging, kenal gula, garam dll.
Mereka boleh tahu yang mana rasa pedas, masin, masam dan sebagainya. Anak-anak akan tahu macamana beras dimasak hingga menjadi nasi yang kembang, udang dimasak jadi merah dan melengkung, agar-agar dimasak dan masuk peti ais hingga jadi beku, mata ikan akan jadi putih bila dikukus masak.
Anak2 juga boleh belajar macamana nak buat kek, biskut, kueh, karipap, puding, pengat bubur dan lain2. Bila buat biskut mereka lebih suka membentuk sendiri biskut tu, nak bakar sendiri dan dari situ dia akan belajar konsep masa. Kalau anak2 nak hias sendiri keknya, biarkan mereka mencuba…
Selain itu ajarkan anak2 cara menghidang makanan, macamana nak susun, apa benda yang perlu ada atas meja, macamana nak tuang air minuman, ada tisu disediakan, kebersihan meja dan ruangan dapur,
Selain daripada itu memasak juga membentuk kreativiti dan dari segi perkembangan sosial, dia menjadi lebih sabar dan sikap berkerjasama. Anak-anak juga bebas meluahkan pendapat  tentang masakan.
Akhirnya  apabila anak2 berjaya menghasilkan masakan sendiri, dia akan berasa bangga dengan pencapaiannya dan ini menyerlahkan perkembangan emosinya.
Namun, apabila anak2 bersama kita di dapur,  beberapa peraturan keselamatan perlulah dipatuhi :
*  Beri nasihat/penerangan mengenai barang2 yang berbahaya didapur.
* Sentiasa awasi anak didapur dan jangan berlari-lari terutama masa pegang benda tajam.
* Beri mereka tugas yang sesuai dengan usia dan kebolehan. Anak-anak tadika boleh membasuh
  dan mengupas sayuran manakala kanak-kanak yang lebih tua boleh dibimbing memasak
  makanan ringkas seperti mi MAGGI® atau menggoreng telur.
• Ajar anak anda tentang bahaya air dan minyak panas, alat elektrik, dapur gas dan alatan
  tajam seperti pisau.
Selamat memasak!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants