Saturday, June 4, 2011

Gulai Ikan Keli Daun Kesum

Masa kat kampung dulu zaman sekolah rendah mak selalu pergi sawah padi. Belakang rumah toknyang ada banyak sawah padi. Kadang-kadang tolong jugak mak2 sedara cabut anak benih , mukul padi, mengetam......dan kadang2 kena gigit dek lintah...geli....cepat2 suruh orang buangkan.
Selepas musim mengetam padi, dan sebelum di bajak semula, sawah ni biasanya ada lopak2 air dan ikan keli, haruan, sepat dan puyu ada banyak disitu..apa lagi tangkap le...guna serkup dan kadang2 kalau air catek ambik macam tu je....bestnya teringat zaman dulu...rasanya nak pergi semula zaman waktu tu..kononnya...
Ikan-ikan yg dapat tu bagi kat toknyang...Ikan keli/haruan selalunya dia gulai kesum, puyu/sepat goreng je.
Untuk hilangkan rasa rindu kat kampung dulu2 semasa arwah toknyang ada...terus pergi cari ikan sembilang untuk masak gulai kesum.
Kalau nak tau rasanya macamana...jomlah cuba...


Bahan-bahan:
5 ekor ikan keli/sembilang
RM 2.00 santan perah
Daun Kesum 1 ikat
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit
10 biji cili kering
1/2 sudu biji ketumbar
1/2 sudu jtn manis
1 keping asam keping
Sedikit garam, gula dan perasa


Cara:
Ikan di siang dan basuh bersih. Rendam sekejap dgn air asam + garam sikit untuk hilangkan bau dan lendirnya.
Bawang, halia, kunyit, cili dan rempah biji dikisar halus.
Masukkan dalam periok bersama santan dan sedikit air. Kacau 
Bila didih masukkan ikan dan asam keping, Kacau pelan2

Letak daun kesum, garam, gula, perasa.
Bila ikan dah masak, rasa dan angkat.


-Resepi MAK NORMA-

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants