Saturday, June 25, 2011

Mengenali Bahan dan Rempah Masak


Mengenali rempah-rempah kering dan rempah basah serta bahan-bahan masakan utama adalah sangat  penting sebelum kita mula memasak. Contoh  rempah kering adalah kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga, lada hitam dll. Manakala rempah basah adalah seperti bawang, cili boh, halia, kunyit hidup, dll.
Selain daripada itu kita harus kenal bahan2 utama masakn seperti ayam, daging, ikan, sotong , udang  dll. serta mengenali nama-nama ikan dan masakan apa yang sesuai dengannya.
Sayur-sayur juga kita juga perlu tahu. Ada pelbagai sayur seperti sawi, kobis, kacang panjang, petola, labu, bayam, pucuk ubi, pegaga, cekur manis, peria, ulam2 kampung, dll.

Mari sini mak tunjukkan gambar contoh bahan masakan yang ada di pasar kita.... (mak just copy and paste dari internet je....)      

Ini sebahagian dari rempah2 masakan kering yang biasa mak gunakan terutama untuk memasak kari, gulai, kurma, kerutub, kuzi,  rendang, nasi beriani/ hujan panas, nasi minyak, sop dan lain2.                                                

 Ini adalah sebahagian daripada sayur-sayur yang biasa digunakan dalam masakan melayu kita. Ada banyak lagi sayur2 yang perlu kita tahu.......
Sayur-sayur kampung yang biasanya makcik2 tua jual kat pasar malam tu adalah seperti ulam2 raja, daun salam, kemangi, pucuk paku, nangka muda, pucuk kaduk, kencur, daun kankung kampung, daun kesum, pisang gulai dll...
Mak rasa ramai anak-anak zaman sekarang masih tidak mengenali sayur2 kampung ini. Bila ada peluang anak2 mesti belajar mengenalinya dan cara memasaknya.....k

Sajian 1 Malaysia Kerja Raya 2011

Hari ini adalah hari Karnival Kerja Raya kat CIDB jln Cheras. Disini nanti dapat kita saksikan 1000 jenis sajian yang akan direkodkan sebagai sajian paling banyak oleh Malaysia Books of Records.
Acara utama adalah Sajian 1 Malaysia. Setiap orang warga jkr perlu membawa 1 jenis masakan..dimana kategori makanan ini telah ditentukan mengikut cawangan masing2 dan masakan adalah dari pelbagai bangsa...Melayu, Cina dan India. Yang jadi kelakarnya tukang masaknya bertukar2.contohnya melayu masak lauk india, india masak lauk Cina, Cina masak lauk melayu dll....
Masakan yang disediakan adalah dari pelbagai jenis masakan udang, ketam, sotong, kerang, nasi, ayam, daging, mee, spagetti/laksa, sop, salad,  dll...tapi kueh tak termasuk..
Jkr Wp kebanyakanya sedia masakan pelbagai jenis sayur..dan mak kena sediakan masakan 'Capcicum with Potatoes Masala' cara mamak sikit...dan resepi ni dpt kat tenet. 
Jadi semalan mak pergi ke Giant cari bahan2...dan awal pagi ni mak kena sediakan masakan tu...lebih kurang macam sayur goreng je...cuma tambah rempah sikit...dan bila siap mak pergi kesana ajak abah dan jia sekali...meiah sangat ada belon, ada orang galah wajah mickey mouse, ada karaoke . 
Disamping itu ada juga senamrobik, permainan sukan dalaman dan sukan bola jaring/futsal/bola tampar, sukan kanak2, gubahan bunga, mewarna, dll. Ada banyak gerai2 disediakan untuk pengunjung2 makan dan minum dimana kupon yang diberi boleh digunakan. Ais krim, air mineral, 100 plus dan vitagen dapat free. Dari masa kesemasa ada cabutan bertuah. Tapi nama mak memang tak bertuah....sebab hadiah pertama no. nya 1126 dapat LCD 42" tapi mak punya 1261.....memang tak ada luck....
Disini dapat kita saksikan kehadiran bersama Menteri Kerja Raya YB Dato' Shaziman Bin Abu Mansor, wakil Malaysia book of Records, pengarah JKRWPKL dan beberapa pegawai kanan lain.
Diakhir acara, ada makan2 durian...masing2 berebut durian kat lori...ambik satu sorang je....orang laki untug le... sebab dia kedpan...abah dapat satu je...mak dan jia tak ada...tapi tak pe mak tak leh makan pun... dan jia pulok tak makan durian sebab dulu dia pernah mabuk durian.....dan sajian 1 Malaysia di lelong dengan harga yang murah RM 2.00 untuk semua makanan kecuali sayur RM 1.00. Kita orang sempat beli 10 makanan...walaupun ada makanan yang dah di cok dah disapu orang.....tak apa....
Disini adalah gambar2 makanan yang dibeli dan lain2 yang sempat dirakam......
















Sunday, June 19, 2011

MEMASAK BERSAMA ANAK-ANAK


Boleh ke ibu2 memasak bersama anak-anak….
Kadang2 semasa memasak tu kita di ganggu oleh anak-anak. Kita janganlah halau dia, sebaliknya banyak perkara  di dapur dapat di pelajari serta tentulah seronok dapat kita masak bersama mereka.
Anak2 nanti dapat mengenali jenis makanan, jenis alatan2 dapur, bahan2 masakan,rempah-ratus, jenis-jenis sayur, jenis-jenis ikan, ayam, daging, kenal gula, garam dll.
Mereka boleh tahu yang mana rasa pedas, masin, masam dan sebagainya. Anak-anak akan tahu macamana beras dimasak hingga menjadi nasi yang kembang, udang dimasak jadi merah dan melengkung, agar-agar dimasak dan masuk peti ais hingga jadi beku, mata ikan akan jadi putih bila dikukus masak.
Anak2 juga boleh belajar macamana nak buat kek, biskut, kueh, karipap, puding, pengat bubur dan lain2. Bila buat biskut mereka lebih suka membentuk sendiri biskut tu, nak bakar sendiri dan dari situ dia akan belajar konsep masa. Kalau anak2 nak hias sendiri keknya, biarkan mereka mencuba…
Selain itu ajarkan anak2 cara menghidang makanan, macamana nak susun, apa benda yang perlu ada atas meja, macamana nak tuang air minuman, ada tisu disediakan, kebersihan meja dan ruangan dapur,
Selain daripada itu memasak juga membentuk kreativiti dan dari segi perkembangan sosial, dia menjadi lebih sabar dan sikap berkerjasama. Anak-anak juga bebas meluahkan pendapat  tentang masakan.
Akhirnya  apabila anak2 berjaya menghasilkan masakan sendiri, dia akan berasa bangga dengan pencapaiannya dan ini menyerlahkan perkembangan emosinya.
Namun, apabila anak2 bersama kita di dapur,  beberapa peraturan keselamatan perlulah dipatuhi :
*  Beri nasihat/penerangan mengenai barang2 yang berbahaya didapur.
* Sentiasa awasi anak didapur dan jangan berlari-lari terutama masa pegang benda tajam.
* Beri mereka tugas yang sesuai dengan usia dan kebolehan. Anak-anak tadika boleh membasuh
  dan mengupas sayuran manakala kanak-kanak yang lebih tua boleh dibimbing memasak
  makanan ringkas seperti mi MAGGI® atau menggoreng telur.
• Ajar anak anda tentang bahaya air dan minyak panas, alat elektrik, dapur gas dan alatan
  tajam seperti pisau.
Selamat memasak!

IKAN MASAK KARI MEKMA

Sebelum ni mak tak pernah dan tak pandai buat kari macam mamak masak, tapi kalau masak gulai macam terengganu tu tahulah sikit2. Lagipun mak lebih suka makan gulai dari makan kari.
Mak mula belajar masak kari dari kawan lelaki India namanya Phillips. Dia selalu bawa bekal nasi bersama kari ikan dan kadang2 kari ayam. Rupa masakan karinya nampak pekat, sedap dan amat menyelerakan.
Timbullah rasa minat mak nak belajar masak kari macam ini..terliur. 
Lalu mak pun mengorek2lah resepi dengannya..tapi jangan main terkam je mintak tu...cakaplah secara jujur bahawa kita ni tak pandai nak masak kari India dan puji2lah sikit..cakaplah orang India terer masak kari...sedap...comfirm dapatlah resepi tu....
Sambil2 dia makan tu.., maka dia pun ceritalah pelan2 apa bahan yang dia taruk dalam kari tu...apa lagi salin ajelah supaya tak lupa......
Mak dah beberapa kali buat kari ni.., sedap jugak, tapi taklah sesedap India masak.....
Kalau nak rasa jomlah buat sendiri....


Bahan-bahan:

1 kilo Ikan Tenggiri  - lain2 ikan/kepala ikan pun boleh jugak...
8 ulas bawang merah-  ]
4 ulas bawang putih     ]   hiris
1" halia                       ]
1 sudu besar halba campur
2 susu besar cili kering kisar    - boleh di tambah/kurang
2 sudu besar rempah kari ikan
2 tangkai daun kari
RM 2.00 santan  
3 biji terung   ]
10 biji terung ]  hiris
3 biji tomato  ]
Sedikit minyak masak


Cara-cara:

1) Panaskan 1/2 cawan minyak masak, tumiskan bahan hiris, halba campur dan kacau.
2) Masukkan cii kisar, tunggu hingga naik miyak.
3) Masuk  rempah siap bancuh, daun kari 1 tangkai dan santan. Kacau rata
4) Tunggu hingga 1/2 pekat, terus masukkan sayur2, garam, gula dan perasa secukupnya.
5) Bila dah elok pekatnya dan sayur dah 1/2 masak, masukkan ikan dan biar didih sekejap.
6) Masukkan lagi 1 tangkai daun kari  dan kacau pelan2 . Jangan kacau kuat2 nanti hancur 
    pulok ikan tu. Rasa dulu dan tutup api. Siap untuk di hidang.


* bila dah masuk ikan tu, jangan didih lama sangat, nanti ikan hancur.
* kalau tak mau guna santan boleh gunakan air biasa saja. 
* kalau mak masak biasanya mak guna rempah yg. di bancuh sendiri.
* India biasanya guna lada serbuk, katanya lagi sedap dan rempah tu lebihkan sikit.


- RESEPI MAK NORMA-

Friday, June 17, 2011

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?


Terlalu banyak lemak dan kolesterol


Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Makanan seperti snek, kentang goreng, kerepek goreng dan makanan jualan penjaja juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.

Lemak berlebihan         - menyebabkan kegemukan,
                        - mendorong serangan jantung dan
                        - meningkatkan risiko serangan kanser
Kolesterol berlebihan    - menjadi punca utama sakit jantung.

Terlalu banyak gula

Makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Gula berlebihan              - menyebabkan risiko kerosakan gigi,
- kegemukan dan
- masalah lain seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Terlalu banyak garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Garam berlebihan           - menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada             serangan jantung atau strok.
-Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah  kulit (edema).

 Terlalu sedikit serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.

- Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang 
  terbaik untuk diri anda.
- Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke
  semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat 
  atau tetap seperti biasa.
-  Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan
   seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak
   tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa.
-  Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
-  Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan.
-  Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19

Thursday, June 16, 2011

GULAI DAGING TERENGGANU

Hari ni mak rasa nak masak gulai daging terengganu lah pulok. Kat peti ais tu masih ada baki daging mentah yang abah beli minggu lepas. Tak yah lah beli lagi...
Pahtu mak pegi pasar beli santan dan kentang je...barang2 lain dah ada semua kat umah..
Gulai ni mak belajar dari makwok kat terengganu. Mak sangat suka dengan masakan gulai cara ini...sedap!
Kalau guna daging sembelih..ianya cepat lembut..tapi kalau guna daging import, kenalah masak lama sikit...
Kalau nak rasa gulai ini silalah cuba buat sendiri...

Bahan-bahan

1 kg daging -di potong dan di bersihkan
1 senduk cili giling

Air asam jawa
Sedikit belacan
5 biji kentang
1 peket kecil kerisik
1 peket kecil rempah masak cap ROSE
1 peket kecil rempah gulai cap ROSE
sedikit minyak untuk menumis
Sedikit bawang besar hiris
RM 3.00 santan dicampur air ( jadikan santan sedehana pekat)


Bahan kisar halus:


Segenggam bawang merah
3-4 ulas bawang putih      
1" halia                                
1" kunyit hidup                
1/2" lengkuas

Rempah Penumis - kayu manis/bunga lawang/pelaga/cengkih
sedikit garam, gula dan perasa.

Cara Masak:

1.  Daging di perap dengan rempah halusdan bahan kisar, kacau dan biarkan sejap
2.  Panaskan 1/2 senduk minyak, masukkan rempah penumis, bawang hiris dan cili kisar. Kacau rata dan
     biarkan hingga naik minyak.
3.  Masukkan daging perap dan sedikit air. Kacau dan tutup periok. Masaklah hingga daging hampir
     masak dan berminyak dengan api yang sederhana panas.
4.  Masukkan kentang, santan secukupnya (menutupi daging dan ubi)
5.  Masukkan kerisik, gula, garam, air asam, belacan dan perasa.
6.  Bila kuah dah elok pekat, rasa dulu, angkat.

* kalau nak kuah lebih, silalah tambah santan
-RESEPI MAK NORMA -

Sunday, June 12, 2011

AYAM MASAK SOP/SAMBAL KICAP

Memasak sop ini memang senang dan tak perlu banyak bahan. Sesekali teringin jugak nak makan sop ini. Jika nak tukar kpd sop tulang lembu pun bleh jugak. Caranya pun lebih kurang sama je..cuma rempah tu tukar kepada rempsh sop tulang, dan masaknya lebih lama sikit.
Rasanya biasa2 je.....tapi kalau ada sambal kicap sebelahnya, rasanya sedap. Masing2 mak/abah/anak2 abis 2 pinggan nasi...wau... ( sambal kicap ni belajar dari mak mentua..mereka suka buat sambal ni makan dengan sop, kuah masak bening, goreng tempe, goreng pisang atau chokodok)

Bahan-bahan sop:
1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan.
bawang merah
bawang putih
Sop bunjut
2-3 keping tahu basah -potong 4 segi
Sedikit rempah penumis
Sedikit Taugeh - dibersihkan saja
Sedikit sawi  - celur lembut
Untuk tabur  - Daun sop- hiris halus
                       -Daun bawang   - hiris halus
                       -Bawang gorang

Cara Masak Sop:
Rebus ayam bersama air biasa dan sop bunjut. Tutup periok dan masak hingga didih .
Sementara tu, tumis bawang merah dan bwg putih bersama rempah penumis hingga bawang kekuningan. Tutup api. Tuang bahan tumis kedalam sop didih tadi dan kacau rata. Masukkan tahu potong, sedikit garam, gula dan perasa.
Bila ayam dah masak, tabur sedikit serbuk lada hitam, gaul rata dan angkat.
Bila nak makan, masukkan dalam mangkuk, letak sayur dan bahan tabur serta 1 sudu sambal kicap. Siap untuk dimakan.

Bahan2 sambal kicap 
Segenggam cili padi
2 ulas bawang putih
Gula 1-2 sudu - bergantung pedasnya cili
Kicap masin secukupnya

Cara buat:
Tumbuk cili, bawang putih hingga lumat
masukkan gula dan tumbuk rata.
Keluarkan dan masuk mangkuk. tuang kicap secukupnya. Jika pekat sangat/masin sangat bolehlah tambah air sikit ya! Sesuaikan rasanya.

-RESEPI MAK NORMA-

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants