Saturday, June 25, 2011

Mengenali Bahan dan Rempah Masak

Mengenali rempah-rempah kering dan rempah basah serta bahan-bahan masakan utama adalah sangat  penting sebelum kita mula memasak. Contoh  rempah kering adalah kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga, lada hitam dll. Manakala rempah basah adalah seperti bawang, cili boh, halia, kunyit hidup, dll. Selain daripada itu kita harus kenal bahan2 utama masakn seperti ayam, daging, ikan, sotong , udang  dll. serta mengenali nama-nama ikan dan masakan apa yang sesuai dengannya. Sayur-sayur juga kita juga perlu tahu. Ada pelbagai sayur seperti sawi, kobis, kacang panjang, petola, labu, bayam, pucuk ubi, pegaga, cekur...

Sajian 1 Malaysia Kerja Raya 2011

Hari ini adalah hari Karnival Kerja Raya kat CIDB jln Cheras. Disini nanti dapat kita saksikan 1000 jenis sajian yang akan direkodkan sebagai sajian paling banyak oleh Malaysia Books of Records. Acara utama adalah Sajian 1 Malaysia. Setiap orang warga jkr perlu membawa 1 jenis masakan..dimana kategori makanan ini telah ditentukan mengikut cawangan masing2 dan masakan adalah dari pelbagai bangsa...Melayu, Cina dan India. Yang jadi kelakarnya tukang masaknya bertukar2.contohnya melayu masak lauk india, india masak lauk Cina, Cina masak lauk melayu dll....Masakan yang disediakan adalah dari pelbagai jenis masakan udang, ketam, sotong, kerang, nasi,...

Sunday, June 19, 2011

MEMASAK BERSAMA ANAK-ANAK

Boleh ke ibu2 memasak bersama anak-anak….Kadang2 semasa memasak tu kita di ganggu oleh anak-anak. Kita janganlah halau dia, sebaliknya banyak perkara  di dapur dapat di pelajari serta tentulah seronok dapat kita masak bersama mereka.Anak2 nanti dapat mengenali jenis makanan, jenis alatan2 dapur, bahan2 masakan,rempah-ratus, jenis-jenis sayur, jenis-jenis ikan, ayam, daging, kenal gula, garam dll.Mereka boleh tahu yang mana rasa pedas, masin, masam dan sebagainya. Anak-anak akan tahu macamana beras dimasak hingga menjadi nasi yang kembang, udang dimasak jadi merah dan melengkung, agar-agar dimasak dan masuk peti ais hingga jadi beku, mata ikan akan jadi putih bila dikukus masak.Anak2 juga boleh belajar macamana nak buat kek, biskut, kueh, karipap, puding, pengat bubur dan lain2. Bila...

IKAN MASAK KARI MEKMA

Sebelum ni mak tak pernah dan tak pandai buat kari macam mamak masak, tapi kalau masak gulai macam terengganu tu tahulah sikit2. Lagipun mak lebih suka makan gulai dari makan kari. Mak mula belajar masak kari dari kawan lelaki India namanya Phillips. Dia selalu bawa bekal nasi bersama kari ikan dan kadang2 kari ayam. Rupa masakan karinya nampak pekat, sedap dan amat menyelerakan. Timbullah rasa minat mak nak belajar masak kari macam ini..terliur.  Lalu mak pun mengorek2lah resepi dengannya..tapi jangan main terkam je mintak tu...cakaplah secara jujur bahawa kita ni tak pandai nak masak kari India dan puji2lah sikit..cakaplah orang India terer masak kari...sedap...comfirm dapatlah resepi tu.... Sambil2 dia makan tu.., maka dia pun ceritalah pelan2 apa bahan yang dia taruk dalam...

Friday, June 17, 2011

KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya...

Thursday, June 16, 2011

GULAI DAGING TERENGGANU

Hari ni mak rasa nak masak gulai daging terengganu lah pulok. Kat peti ais tu masih ada baki daging mentah yang abah beli minggu lepas. Tak yah lah beli lagi... Pahtu mak pegi pasar beli santan dan kentang je...barang2 lain dah ada semua kat umah.. Gulai ni mak belajar dari makwok kat terengganu. Mak sangat suka dengan masakan gulai cara ini...sedap! Kalau guna daging sembelih..ianya cepat lembut..tapi kalau guna daging import, kenalah masak lama sikit... Kalau nak rasa gulai ini silalah cuba buat sendiri... Bahan-bahan 1 kg daging -di potong dan di bersihkan 1 senduk cili giling Air asam jawaSedikit belacan5 biji kentang1 peket kecil kerisik1...

Sunday, June 12, 2011

AYAM MASAK SOP/SAMBAL KICAP

Memasak sop ini memang senang dan tak perlu banyak bahan. Sesekali teringin jugak nak makan sop ini. Jika nak tukar kpd sop tulang lembu pun bleh jugak. Caranya pun lebih kurang sama je..cuma rempah tu tukar kepada rempsh sop tulang, dan masaknya lebih lama sikit. Rasanya biasa2 je.....tapi kalau ada sambal kicap sebelahnya, rasanya sedap. Masing2 mak/abah/anak2 abis 2 pinggan nasi...wau... ( sambal kicap ni belajar dari mak mentua..mereka suka buat sambal ni makan dengan sop, kuah masak bening, goreng tempe, goreng pisang atau chokodok) Bahan-bahan sop: 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan. bawang merah bawang putih Sop bunjut 2-3 keping...

Pages 41234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants